Halaman

13 Februari 2011

Kesayangan ku

http://www.emocutez.com                                Kesayangan ku    
Dunia dah  makin mencabar... semua dah berubah. Haiwan peliharaan pun dah berubah. Dah ada pelbagai kedai haiwan and banyak pilihan haiwan yang boleh dibeli untuk dipelihara.... btul x???. setuju kot statement aku ni... Tapi ape pun Kucing tetap di hatiku


                             Sebab kucing tetap di hati      
                    
                         COMEL YG TERAMAT
                          BOLEH DIPEGANG ( x suka boleh tgk jer)
                          MEMAHAMI PERASAAN
                         HAIWAN KESAYANGAN NABI MUHAMMAD

 

Kucing memang amat memahami kalau tengah sedih cakap - cakap dgn dia boleh hilang sedih ( try k)
Cantik ke buruk ke kucing aku x kisah coz memang teramat sayang kat kucing. Tapi kadang - kadang x smapai hati nak tengok kalau yg cedera tu.... Tlg lah jangan Zalim Manusia Kucing tu xd akal ... Kita yg berakal jangan lah seksa kucing


Rumah kt kampung kami dok pelihara seekor kucing.. Comel sangat ... manja n best dipeluk cium.. Sejak mak aku jatuh sakit . Kucing ni dok pindah randah coz  x  ada orang kt umah... kesian dia.. Nasib ada sangkar baru senang hantar ke rumah saudara...
Tapi bila aku balik je kampung ... Si comel ni dok mengadu maybe x puas hati kot asyik kena tinggal je...
He he Kucing pun ad perasaan geram rupanya

Kucing Dalam Islam
  • Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang     bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan

  • Kisah Abu Hurairah
    Nabi memberi kunyah (gelaran) kpd sahabat beliau kerana mengasihi kucing. Namun demikian, bukanlah itu menunjukkan bahawa kucing satu2nya binatang yg wajar diperlaku dgn baik.
  • cute kittens
  • Diriwayatkan dari Ali bin Al Hasan, dari Anas yang menceritakan bahwa Nabi SAW pergi ke Bathan suatu daerah di Madinah. Lalu Beliau berkata,”Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun seekeor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai hal tersebut dan Beliau menjawab,”Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Menarik tentang kucing
    Kucing memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya.

    Kucing tidur paling lama diantara binatang lainnya, sekitar 16 jam
    Kucing boleh pulang ke rumah meskipun korang membuangnya beberapa kilometer dari rumah.

    Kucing punyai kebolehan menenangkan manusia (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)
    Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan
    Mereka yang takutkan kucing digelar Ailurophobia

    Hidulah saling sayang menyangi di bumi Allah ini ... Semoga bahagia milik kita semua  .... amin...

1 ulasan:

  1. wah...comelnyer ade entry psl meoww moeww...aku dh jd follower ko....update la blog tu...

    BalasPadam